Product Description
Pengenalan Aguilar Resort
LOT 2781-A KAMPUNG DANGLANG , KUAK, 33400 Lenggong, Perak
Terletak di bandar Lenggong yang indah, Aguilar Resort menawarkan pengalaman percutian yang tenang dikelilingi landskap semula jadi dan daya tarikan sejarah. Keistimewaan unik resort ini adalah kebun pokok durian berusia ratusan tahun serta banyak pokok dukung, membolehkan para tetamu menikmati buah-buahan tempatan pada harga borong semasa musim buah.
Aguilar Resort menyediakan penginapan yang selesa, hidangan dengan citarasa tempatan(tradisional), dan akses mudah ke aktiviti luar seperti meneroka tapak arkeologi UNESCO di Lenggong, geopark gua kajang, gua asar, gua puteri,gua gunung bunuh, bukit bunuh, geleri Perak Man, tapak Debu Toba, Masjid Raja, tapak meteorite impact, telaga biru, mendaki hutan hujan, serta lawatan ke Tasik Raban, tasik yang tenang. Destinasi ini amat sesuai bagi mereka yang ingin melarikan diri dari kesibukan kota dan menikmati percutian yang damai sambil merasai kekayaan budaya dan alam semula jadi kawasan ini.
Aguilar Resort menawarkan empat jenis bilik yang direka khas untuk memenuhi pelbagai keperluan tetamu:
Bilik Angsana
1. Kemudahan: 1 katil queen dan 1 katil single
2. Harga: RM161 semalam, termasuk sarapan pagi
3. Status: Sedia untuk ditempah
Bilik Melur
1. Kemudahan: 1 katil queen sahaja
2. Harga: RM120 semalam (tidak termasuk sarapan pagi)
3. Status: Sedia untuk ditempah
Bilik Meranti (Bilik Keluarga)
1. Kemudahan: 2 katil queen dan 2 katil single; dilengkapi kemudahan memasak
2. Sesuai untuk: Keluarga atau kumpulan besar yang inginkan suasana seperti di rumah
3. Status: Sedia untuk ditempah
Bilik Akasia (Gaya Asrama)
1. Kapasiti: Menampung sehingga 12 orang
2. Sesuai untuk: Kumpulan besar, sesi pertemuan, atau perhimpunan
3. Status: Sedia untuk ditempah
Penambahan Akan Datang (Siap pada November 2024):
· Lima Bilik Baharu: Setiap bilik akan menampung sehingga 4 orang.
· Dewan Majlis Terbuka: Dijangka siap pada akhir November 2024, menawarkan ruang terbuka untuk acara dan perhimpunan dan BBQ.
Dengan pilihan bilik yang pelbagai, Aguilar Resort sesuai untuk pengembara individu dan kumpulan, memberikan keselesaan dan kemudahan kepada semua.
Reviews
There are no reviews yet.