Product Description
Dato’ Abd. Rashid bin Harun telah memasuki Pasukan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) pada tahun 1975 sebagai Konstabel. Selain dari pernah berkhidmat di dalam Pasukan Polis Hutan beliau pernah bertugas di dalam pasukan Elit Vat 69 Komando. Selepas di naikkan ke pangkat Insp pada tahun 1984 beliau telah bertugas di beberapa bahagian di dalam Jabatan Siasatan Jenayah antaranya adalah Bahagian Operasi Khas D8. Sepanjang tempoh hampir 42 tahun di dalam PDRM, beliau telah menghabiskan lebih 35 tahun usia perkhidmatannya di dalam pelbagai tugas operasi di antaranya adalah menentang pengganas kominis, menumpaskan penjenayah ganas bersenjatapi, jenayah terancang dan yang terakhir adalah menentang pengganas Sulu di dalam OP SULU dan OP DAULAT di Sabah pada tahun 2013. Selain dari menjadi operatif di dalam Vat 69 Komando dan Bahagian Operasi Khas D8, beliau juga telah diberi amanah menjawat beberapa jawatan penting antaranya Ketua Penolong Pengarah D8, Timbalan Pengarah Jabatan KDNKA ( Pasukan Gerakan Khas), Komander Esscom yang pertama dan Pesuruhjaya Polis Sabah. Selepas bersara dari PDRM pada usia 60 tahun, beliau telah diberi amanah untuk menjawat jawatan Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) selama satu tahun.
Kini selain dari memikul amanah sebagai Yang Di Pertua Persatuan Veteran Vat 69 Komando beliau menghabiskan sisa usia di sebuah camp miliknya di Lenggong Perak. Di Amazing Camp Legacy inilah beliau bersama rakan2 veteran Komando Vat 69 dan GGK mencurahkan segala ilmu pengetahuan serta pengalaman bernilai mereka di dalam Program2 Motivasi, Team Building, Jungle Survival dan Kehidupan Taktikal Komando. Kekentalan jiwa, jati diri dan daya saing komando dikongsikan dengan pelbagai golongan generasi antaranya pegawai2 kerajaan, agensi swasta, golongan korporat, ahli2 sukan negara serta pelajar2.
Nak tahu lebih lanjut? Jom datang ke Amazing Camp Legacy, Lenggong, Perak! 🌿✨
Kami menyediakan pelbagai kemudahan untuk memastikan pengalaman anda luar biasa, antaranya:
✅ Penginapan selesa – Asrama dan khemah “glamping dorm” sesuai untuk individu atau kumpulan.
✅ Dewan serbaguna – Untuk aktiviti indoor dan sesi perkongsian.
✅ Patriot Trail – Cabaran hutan dan trek mendaki yang menguji ketahanan diri.
✅ Mandi Sungai– Kolam dan sungai untuk aktiviti lasak seperti berkayak.
✅ Kemudahan BBQ – Sempurna untuk majlis santai dan makan malam istimewa.
Jadikan Amazing Camp Legacy destinasi pilihan untuk aktiviti luar, latihan, atau percutian anda! 🌟
📍 Kg. Danglang, Kuak, Lenggong, Perak
📞 Hubungi kami untuk tempahan! – Dato’ Abd Rashid (019-6000710), En. Anwar (014- 93339393)
Reviews
There are no reviews yet.