Sign In

Dato’ Abd. Rashid bin Harun, Amazing Camp Legacy di Lembah Lenggong, Perak.

Kuak Lenggong Perak

(link Video temuramah ada di bawah)
Temui Permata Tersembunyi Malaysia – Amazing Camp Legacy, Lenggong, Perak.

Diasaskan oleh pegawai kanan polis bersara yang dihormati dan berpengalaman, Dato’ Abd. Rashid bin Harun, Amazing Camp Legacy di Lembah Lenggong, Perak. Merupakan destinasi sempurna untuk pencinta alam semula jadi dan mereka yang ingin menikmati kehidupan kampung. Rasai keseronokan berkhemah, air sungai gunung yang jernih dan bersih serta hasil sayur-sayuran liar dan buah-buahan segar dari kebun.

Dato’ Rashid bersama rakan2 Pasukan Khas yang telah bersara  menawarkan program latihan khas yang menumpukan kepada disiplin diri, pembangunan peribadi, dan teknik menyelamat/ Ilmu Hutan. Program ini sesuai untuk meningkatkan kemahiran kerja berpasukan dan kecemasan, serta dialu-alukan bagi Jabatan Kerajaan, Universiti, Sekolah, Syarikat Swasta, Persatuan, dan keluarga.

Kawasan ini juga sesuai untuk menganjurkan Kem Motivasi serta Pembentukan Diri ( Team Building)  terletak berhampiran tapak arkeologi yang diiktiraf oleh UNESCO. Lawati batuan kesan meteorit berusia 1.83 juta tahun, tapak Perak Man berusia 11,000 tahun, misteri Telaga Biru, dan abu gunung berapi Toba berusia 74,000 tahun.

Semasa perjalanan anda juga berpeluang menikmati hidangan kegemaran tempatan seperti makanan segar dari sungai dan masakan tradisional Melayu akan menjadikan pengalaman anda lebih bermakna.

Hubungi pihak pengelola hari ini untuk mengetahui maklumat lanjut atau rancang percutian tanpa kerisauan anda bersama agensi pelancongan berlesen.

Jom mulakan pengembaraan anda sekarang dan alami keajaiban Amazing Camp Legacy di Lembah Lenggong, Malaysia!

Video

Add Review

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Service
Value for Money
Location
Cleanliness