Sign In

Festival

Festival Kraf Johor & Festival Kota Selatan 2024

Lokasi: ANGSANA JOHOR BAHRU MALL. PADANG AKASIA,
Tarikh: 19-30 DISEMBER 2024
Masa: 10.00am – 10.00pm

DIY Business System, Ahli MITA dengan Projek Utama PusatPelancongan.com

DIY Business System merupakan ahli berdaftar Malaysia Inbound Tourism Association (MITA). Salah satu projek utama kami ialah membangunkan laman web PusatPelancongan.com, sebuah platform yang menghimpunkan pelbagai maklumat berkaitan pelancongan di seluruh Malaysia. Platform ini bertujuan membantu para peniaga menyampaikan maklumat dengan lebih efektif serta memudahkan pengguna untuk merancang percutian mereka dengan lebih mudah dan tersusun.

Sebagai contoh, kini sedang berlangsung Festival Kraf dan Festival Kota Selatan 2024 di:

  • Tempat: Padang Akasia, Angsana Johor Bahru Mall
  • Tarikh: 19 – 30 Disember 2024
  • Masa: 10.00 pagi – 10.00 malam
  • Masuk: Percuma

Di festival ini, para pengunjung berpeluang berjumpa dengan pakar seni kraf seperti pembuat alat muzik gambus, tukang ukir kayu, pembuat produk rotan, dan pembina model bangunan tradisional. Para pengunjung, khususnya kanak-kanak, boleh menyaksikan sendiri proses pembuatan seni kraf ini sebagai satu pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan.

Pakar membuat alat muzik Gambus – Encik E’Dan Gambus – Habis Kreatif

Platform PusatPelancongan.com juga telah menerima pengiktirafan rasmi (endorsement) daripada Tourism Malaysia. Kami berharap semua rakyat Malaysia menjadikan laman ini sebagai rujukan utama untuk merancang percutian, aktiviti makan minum, dan hiburan.

Kami akan terus mengemas kini berita dan maklumat terkini berkaitan pelancongan Malaysia di PusatPelancongan.com. Jangan lupa untuk berkongsi laman ini dengan keluarga dan rakan-rakan!

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Related Posts